icon-search
icon-search

8 Sebab Kenapa Anda Perlukan BUSINESS COACH

8 Sebab Kenapa Anda Perlukan BUSINESS COACH
Dunia perniagaan bukanlah satu bidang sekadar mencuba nasib. Ia adalah bidang penuh dengan cabaran, bergerak pantas dan berdaya saing. Bukan mudah menyusun strategi   bisnes  sambil  memastikan segala teknologi dan inovasi tidak diabaikan.


Mendapatkan khidmat 'BUSINESS COACH' kini bukanlah sesuatu pembaziran yang tidak diperlukan, kini ia menjadi keperluan dan tuntutan untuk setiap bisnes.  Dengan adanya 'Business Coach' anda lebih mudah mengenalpasti kekuatan sebenar  perniagaan anda disamping menyusun strategi bisnes yang lebih mantap dan mengelakkan kerugian yang menyakitkan. 

Anda mungkin celaru untuk mendapatkan jawapan  yang pasti mengenai apa yang terbaik untuk  bisnes anda.  'Business Coach' akan selalu memberitahu anda tentang  perkara sebenar, walaupun hakikatnya sukar untuk anda terima perkara tersebut.


Seorang 'Business Coach' yang berpengalaman dalam perniagaan  memiliki kelebihan dalam  banyak perkara.  'Business Coach' memiliki pengalaman dan cerita kejayaan bertahun-tahun  untuk dikongsi dan dijadikan panduan. Anda akan dibimbing untuk mencapai Visi dan Misi bisnes yang lebih mantap dan jelas. Pastinya ianya amat berharga dan akan membantu anda mengembangkan matlamat dan strategi jangka panjang dan jangka pendek, serta meningkatkan bisnes anda dalam bidang-bidang yang mungkin anda terlepas pandang.


8 Sebab Mengapa Anda Memerlukan 'Business Coach'

1. 'Business Coach' boleh membantu anda melihat  potensi perniagaan anda secara 'Helicopter View'. 
2. 'Business Coach' akan membantu anda untuk lebih fokus dalam Bisnes anda.
3. 'Business Coach' akan membantu anda untuk menetapkan matlamat  bisnes anda dan menyusun strategi bisnes jangka panjang dan memastikan peningkatan keuntungan setiap tahun. 
4. 'Business Coach' akan membuat anda mengenal pasti kekuatan dan kelemahan diri agar bisnes anda bertahun lama dan berdaya saing. 
5. 'Business Coach' akan sentiasa memberi tahu perkara sebenar walaupun perit untuk diterima demi memastikan bisnes anda berkembang maju. 
6.  'Business Coach' akan memberi anda tunjuk ajar berdasarkan pengalaman sebenar selama bertahun-tahun.
7. 'Business Coach' akan mendengar segalanya berkaitan bisnes anda. 
8. 'Business Coach'  akan menjadi pemantau aktiviti bisnes anda. Dialah Penasihat, Pengurus Pemasaran, Pengarah Jualan, Penyelaras Latihan, Partner anda, Sumber kepercayaan anda, mentor perniagaan anda, sahabat anda dan, BUSINESS COACH akan membantu anda merealisasikan  impian anda. 
Secara keseluruhan  'Business Coach' akan mengeluarkan anda dari zon selesa. Mengelakkan anda kerugian disebabkan kebodohan atau tidak tahu. Dia adalah orang yang sentiasa menolak anda untuk terbang lebih jauh dan memberi manfaat hidup serta menambah Nilai dalam hidup seseorang. 
"Success is a Journey, Not a Destination" 


ROSZIE AMIR

INDUSTRIAL BUSINESS COACH

  • 28 years Business Experienced
  • Branding & Marketing Expert
  • Business Strategist
  • Myipo Strategic Partner
  • MARA Consultant
  • Human Resource Corporation (HRDF) Certified Trainer
  • Program Secretariat & Facilitator (Retail and F&B Productivity Nexus, Malaysia Productivity Corporation

#buatsampaijadi #coachroszieamir #industrialbusinesscoach #businesscoach #businesscoaching #brandingandmarketingexpert #businessautomation #businessdigitalization #ir40 #training #hrdfcertifiedtrainer #digitalmarketing #branding #marketing





Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping