Tahniah kepada Coach Hjh Roszie Amir kerana secara rasmi telah dilantik menjadi salah seorang diantara 5 orang Mentor yang dipilih untuk Khadijah Artisan Mentoring Program .
Acara perasmian dan penyampaian watikah telah diadakan bersempena Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di antara Wanita Berdaya Selangor (WBS) dengan Khadijah International Waqf Foundation (KIWF) bagi Program Pembangunan Ekonomi Wanita (DEW) yang disempurnakan oleh YB Puan Anfaal Saari, EXCO Pembangunan Wanita Dan Kebajikan Masyarakat bertempat di Foyer SUK, Bangunan SSAS, Shah Alam.
Majlis turut dihadiri YB Puan Wong Siew Ki, ADN Seri Kembangan, Puan Rawiyiah binti Zakaria, Pengarah WBS, Puan Hajah Rohani binti Datuk Mohd Shahir, Pengerusi KIWF dan Puan Hajah Mazlina binti Saidi, Ketua Pegawai Eksekutif KIWF.
KIWF dan WBS akan bekerjasama untuk memilih 10 produk terbaik daripada Pusat Wanita Berdaya (PWB) di seluruh Negeri Selangor. Majlis yang diadakan pada hari ini juga bertujuan untuk memperkenalkan mentor yang bakal membimbing usahawan terpilih dalam aspek mutu produk, penetapan harga, dan strategi pemasaran.
Selain dari Coach Hjh Roszie Amir, penyampaian watikah diberikan juga kepada Datuk Dr Harlina Halizah Hj Siraj @ Hj Ramli, Prof Sr. Dr. Wan Maimun Wan Abdullah, Hajah Nor Aini Hj Kamaruddin, dan Madam Jade Lee.
KIWF dan WBS akan bekerjasama untuk memilih 10 produk terbaik daripada Pusat Wanita Berdaya (PWB) di seluruh Negeri Selangor. Majlis yang diadakan pada hari ini juga bertujuan untuk memperkenalkan mentor yang bakal membimbing usahawan terpilih dalam aspek mutu produk, penetapan harga, dan strategi pemasaran.
Terima kasih Khadijah Wakf Foundation, Kerajaan Negeri Selangor dan Wanita Berdaya Selangor atas amanah dan kepercayaan ini.